comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Sokong Palestin: MKN tidak ambil mudah ancaman keganasan

 

BANDAR HILIR: Majlis Keselamatan Negara (MKN), melaksanakan pemantauan menyeluruh membabitkan pelbagai aspek termasuk melalui platform media sosial dalam menangani ancaman keganasan di negara ini.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Datuk Raja Nurshirwan Zainal Abidin berkata, pihaknya mempertingkatkan aspek kesiapsiagaan terutama sejak Malaysia secara tegas menyatakan sokongan terhadap Palestin dalam pergolakan di Gaza.

“Isu keselamatan ni isu yang kita tak boleh ambik mudah sebab kita selalu mengandaikan yang negara kita sentiasa selamat padahal kadang-kadang ancaman tu terus ada dan mungkin berlaku jadi kita memperkemaskan terutamanya untuk menyelaras dan ketiganya untuk meningkatkan kesiapsiagaan semua agensi-agensi yang terlibat dengan isu ini,” katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan penutupan Seminar dan Eksesais Latih Amal Keselamatan Menyeluruh, EX COMSEC 2023 di sini hari ini.

Menurut Datuk Raja Nurshirwan, pihaknya mengakui terdapat beberapa ancaman keselamatan diterima negara selepas tercetusnya perang Palestin dan Israel sejak Tujuh Oktober lalu.

Bahkan kawalan di sempadan negara juga terus dipertingkatkan ekoran berlaku beberapa siri serangan pengganas di negara jiran baru-baru ini.

Tambahnya, antara kesiapsiagaan yang dilaksanakan melalui EX COMSEC dengan lebih 20 agensi terlibat bagi menguji kesiap siagaan SOP dan Pelan Tindak Balas Kecemasan,(ERP), jika berlaku ancaman keganasan.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini