comscore
Tumpuan :
Nasional

SPRM kesan mangsa sindiket penjualan Darjah Kebesaran Pingat Persekutuan palsu

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini masih giat mengesan mangsa-mangsa penipuan sindiket penjualan Darjah Kebesaran Pingat Persekutuan palsu yang ditumpaskan awal bulan ini.

Menurut sumber, difahamkan mangsa-mangsa ini telah diperdaya oleh seorang lelaki yang merupakan pemegang jawatan utama dalam sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Lelaki tersebut telah disiasat oleh SPRM baru-baru ini, namun agensi penguat kuasa terbabit memerlukan mangsa-mangsa lain untuk tampil membantu siasatan,” ujarnya.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi berkata, setakat ini pihaknya telah mengenalpasti tujuh mangsa sindiket tersebut dengan lima daripada telah tampil memberi keterangan.

“Pihak kami percaya masih ada beberapa mangsa yang perlu tampil untuk membantu melengkapkan siasatan,” ujarnya.

Sehubungan itu, sesiapa yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini boleh menghubungi pegawai penyiasat Muhammad Aiman Jamil di talian 03-88700473 atau 017-2820484.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini