comscore
Tumpuan :
Nasional

SPRM tahan bekas pemilik syarikat kemukakan tuntutan mengandungi butir matan palsu

Foto hiasan

SELANGOR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan seorang bekas pemilik syarikat kerana  menggunakan dan mengemukakan tuntutan yang mengandungi butir matan palsu kepada sebuah yayasan.

Menurut sumber, suspek lelaki yang berusia sekitar 50-an, telah ditangkap di sebuah daerah di Johor pada hari ini sekitar jam 4 petang.

Berdasarkan siasatan yang dijalankan,  suspek yang kini bekerja sebagai pengimpal telah melakukan kesalahan tersebut pada tahun 2022 di mana syarikat milik beliau telah dilantik sebagai rakan strategik kepada yayasan tersebut bagi membekalkan pakej perniagaan produk dan perkhidmatan bagi skim pembiayaan.

Suspek telah menggunakan dan mengemukakan tuntutan yang mengandungi butir matan palsu kepada yayasan tersebut iaitu invois-invois pembekalan produk kepada peserta yang berdaftar di bawah skim pembiayaan berjumlah sekitar RM1.2 juta sedangkan pembekalan tersebut tidak dilaksanakan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi,  mengesahkan penahanan terhadap suspek dan berkata kes itu disiasat di bawah Sekyen 18 Akta SPRM 2009.

Pihak SPRM akan membuat permohonan reman di Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor esok, jam 9.00 pagi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini