comscore
Tumpuan :
Nasional

SPRM minta semua pihak tidak buat spekulasi kes pekerja asing 

FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Semua pihak diminta tidak membuat spekulasi berhubung siasatan kes rasuah pengambilan pekerja asing membabitkan Kementerian Sumber Manusia.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, (SPRM),  Tan Sri Azam Baki, berkata orang ramai perlu memberikan masa kepada pihaknya melengkapkan siasatan.

“SPRM masih menyiasat dua pegawai Kementerian Sumber Manusia. Mereka sudah dibebaskan daripada reman.

“SPRM meminta semua pihak supaya memberikan kami masa untuk melengkapkan siasatan dan tidak membuat sebarang spekulasi,” katanya.

Pada 13 April lalu, dua pembantu kepada Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar dan seorang ejen pengambilan pekerja ditahan SPRM berkaitan siasatan kuota pengambilan pekerja asing, di bawah bidang kuasa kementerian berkenaan.

Sehari selepas itu, SPRM menahan pula setiausaha sulit kepada Sivakumar.

Sivakumar juga dilaporkan menggantung tugas ketiga-tiga pegawai berkenaan.

Beliau turut menafikan laporan kononnya SPRM menyerbu dan menggeledah rumah serta pejabatnya, Ahad lalu.

Loading...
Terkini