comscore
Tumpuan :
Nasional

Suami isteri antara tiga maut dalam nahas dua kereta


RINGKASAN BERITA

  • Pesara guru dikenali sebagai Ustaz Fahimi dan isteri serta seorang lagi wanita terkorban dalam nahas dua kenderaan di Lebuhraya Pesisir Pantai Barat (WCE).
  • Nahas melibatkan kereta Perodua Bezza yang dinaiki pasangan suami isteri bersama tiga kanak-kanak dan Honda Civic yang dinaiki dua wanita bersama dua kanak-kanak.

IPOH: Pasangan suami isteri antara tiga terbunuh dalam kemalangan melibatkan dua buah kereta di Kilometer 262.5, Lebuhraya Pesisir Pantai Barat (WCE) malam tadi.

Pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Trong dan Balai Bomba Penyelamat Taiping tiba di lokasi kejadian sejurus menerima panggilan dari orang awam pada jam 11.11 malam.

Nahas melibatkan kenderaan jenis Perodua Bezza yang dinaiki pasangan suami isteri bersama tiga kanak-kanak dan Honda Civic yang dinaiki dua wanita bersama dua kanak-kanak.

Mangsa lelaki yang meninggal dunia dikenali sebagai Ustaz Fahimi merupakan pesara guru di MRSM Bagan Datuk, maut bersama isterinya di lokasi kejadian.

Artikel selanjutnya: Bezza rempuh belakang lori punca tiga maut di WCE

Seorang lagi wanita turut dilaporkan meninggal dunia.

Kesemua mangsa cedera dibawa ke Hospital Taiping untuk rawatan lanjut.

Manakala tiga mangsa yang maut dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Taiping.

Punca sebenar nahas belum dikenal pasti.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini