comscore
Tumpuan :
Nasional

Suami isteri maut, kemalangan dua kereta

FOTO: JBPM

BEAUFORT: Pasangan suami isteri maut selepas terbabit dalam kemalangan dua kenderaan di Jalan Kampung Lingkungan, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 1.50 tengah hari itu, mangsa Midin @ Maidin Sinja, 69 dan isterinya Jurai Imran, 65, maut tersepit dalam kereta jenis Perodua Myvi dinaiki pasangan terbabit.

Pegawai Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Penolong Penguasa Bomba, Riki Mohan Singh Ramday, pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan membabitkan dua kenderaan jenis Toyota Unser bertembung dengan kereta Perodua Myvi, jam 1.56 tengah hari.

Menurutnya, sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beaufort diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Khalid Abd Latif bersama jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) digerakkan ke tempat kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi, terdapat empat mangsa tersepit dalam Perodua Myvi dan Toyota Unser dan berjaya dikeluarkan pasukan bomba.

“Dua mangsa dalam Perodua Myvi disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan.

“Manakala dua lagi mangsa dalam kenderaan Toyota Unser juga pasangan suami isteri berusia 69 dan 64 cedera,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, pasukan EMRS memberi rawatan awal kepada pasangan terbabit seterusnya mangsa diserahkan kepada pihak ambulans bagi mendapatkan rawatan selanjutnya.

“Mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Operasi ditamatkan kira-kira jam 4 petang tadi,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini