comscore
Tumpuan :
Nasional

Suara hati rakyat Sabah, Sarawak, MA63 agenda utama Armizan

Datuk Armizan Mohd Ali, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak)

KOTA KINABALU:  Ahli Parlimen Papar, Datuk Armizan Mohd Ali yang menerajui portfolio Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) menyifatkannya sebagai satu tugas mencabar .

Armizan berkata, ini kerana ia bukan hanya  pengalaman pertamanya menyertai kabinet Persekutuan malah berkait dengan suara hati rakyat Sabah dan Sarawak.

“Aspirasi Borneo yang mengharapkan kedua-dua wilayah ini diberikan perhatian dan pengiktirafan yang sewajarnya dalam agenda mengisi serta memperkukuhkan kelestarian Persekutuan Malaysia.

“Tanggungjawab ini menarik kerana amanah ini amat dekat dengan intipati perjuangan saya sejak sekian lama, khususnya dalam arena politik. Antara agenda utama adalah untuk mengusul agenda yang berteraskan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Syukur saya bukan sahaja telah mendapat pendedahan dan terbabit dalam perihal tanggungjawab ini semasa berkhidmat di pejabat Ketua Menteri Sabah tetapi juga pengalaman bekerjasama dengan pasukan Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) sebelum ini di bawah pimpinan Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.

“Saya yakin sedikit pengalaman ini akan dapat membantu pelaksanaan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan ini di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya dalam satu kenyataan.

Armizan sebelum ini bertugas sebagai Setiausaha Sulit Kanan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor di samping berpengalaman sebagai pegawai khas di beberapa kementerian Persekutuan.

Loading...
Terkini