comscore
Tumpuan :
Nasional

Kenyataan tular ‘SPRM siasat salah guna kuasa KSN dan KPPA’ palsu – JPM

PETALING JAYA: Jabatan Perdana Menteri hari ini menafikan kenyataan media bertarikh 6 April yang tular di media sosial berhubung siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkenaan kes salah guna kuasa melibatkan Ketua Setiausaha Negara dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam adalah palsu.

Sambil menyertakan tangkap layar poster berkenaan, JPM meminta orang ramai agar tidak menyebar atau berkongsi sebarang maklumat yang tidak pasti atau palsu.

“Tidak pasti, jangan kongsi. Untuk berita sahih boleh rujuk akaun media sosial rasmi JPM melalui Facebook; Twitter; Instagram dan TikTok,” menurutnya.

Loading...
Terkini