comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Sudahlah penerbangan kurang, tiket pun mahal – Bung Mokhtar

 

 

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin menyatakan rasa kecewa apabila melihat lonjakan harga tiket penerbangan domestik ke Sabah disifatkan tidak logik.

Bung dalam hantaran di Facebook mempersoalkan harga bagi tiket sehala ke negeri itu mencecah RM3,000 yang menyebabkan rakyat negeri itu tidak dapat pulang ke kampung halaman untuk meraikan hari raya.

FOTO: NSTP

“Tiga hari yang lalu saya ada menghubungi Menteri Pengangkutan Malaysia, Anthony Loke Siew Fook dan meminta tambahan penerbangan diantara Sandakan dan Kota Kinabalu.

“Menteri kemudiannya memberitahu syarikat penerbangan bersetuju untuk mempertingkatkan tambahan penerbangan pada 18, 19, 20 April ini.

“Persoalan sakarang ramai penduduk rakyat Sabah di Semananjung yang hendak balik beraya di kampung halaman tidak dapat kerana harga tiket terlalu mahal, dan ia sesuatu yang tidak boleh diterima,” katanya.

“Sehala sahaja ada yang RM3,000. Saya meminta Menteri Pengangkutan bicaralah dengan pihak syarikat penerbangan janganlah ‘cekik darah’ rakyat.

“Rakyat Sabah bukannya semua berkemampuan, mereka hanya sekadar nak balik beraya dan berjumpa sanak saudara setahun sekali.

“Kita difahamkan mulai bulan Mei akan datang penerbangan Firefly pula yang akan beroperasi di laluan domestik Sabah.

“Siapa pun syarikat penerbangan yang melakukan operesi tolong jangan terlalu mengaut keuntungan, jangan dera rakyat Sabah,” katanya lagi.

Loading...
Terkini