comscore
Tumpuan :
Nasional

Setiap menteri ada pas VIP masuk kawasan larangan di KLIA – Anthony Loke

SEREMBAN: Jemaah Menteri mempunyai pas khas (VIP) untuk memasuki setiap ruang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, disebabkan itu tidak timbul isu apabila Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing masuk ke dewan ketibaan lapangan terbang berkenaan.

“Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) telah bagi laporan kepada saya semalam (Jumaat) dan semasa YB Tiong berada di KLIA itu memang diiringi oleh polis bantuan dan anggota keselamatan MAHB.

Menteri Pelancongan, Datuk Seri Tiong King Sing

“Dari segi isu pas keselamatan, itu tak jadi isu, sebenarnya setiap menteri ada pas VIP untuk masuk ke lapangan terbang walaupun kadangkala kita bukan mengambil penerbangan.

“Semalam (Jumaat) pun saya berada di lapangan terbang, bukan saya mengambil penerbangan, tetapi saya lancarkan satu penerbangan, jadi saya masuk ke kawasan larangan seperti balai berlepas dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Jawatankuasa Negeri DAP di Pejabat DAP Negeri Sembilan pada Sabtu.

Jelasnya, menteri berkenaan sememangnya layak memasuki kawasan larangan di KLIA sekiranya ada tugasan rasmi.

Terdahulu Tiong yang juga Ahli Parlimen Bintulu didakwa “menceroboh” masuk ke balai ketibaan antarabangsa bagi membebaskan pelawat wanita China yang ditahan imigresen.

Loading...
Terkini