comscore
Tumpuan :
Nasional

Sultan Ibrahim tiba di Istana Negara

Oleh: Siti Khadijah Jaafar

KUALA LUMPUR : Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar tiba di Istana Negara kira-kira pukul 10.35 pagi bagi menyempurnakan Istiadat Melafaz dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan Yang Dipertuan Agong ke 17 hari ini.

Menyambut keberangkatan tiba Sultan Ibrahim di Dataran Istana Negara, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menteri-menteri kabinet.

Ia kemudian disusuli nyanyian lagu Negaraku sebelum Sultan Ibrahim berkenan memeriksa Kawalan Kehormatan Utama daripada pegawai, anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja.

Baginda kemudian berangkat masuk ke Anjung Utama dan seterusnya ke Balairung Seri bagi menyempurnakan istiadat angkat sumpah jawatan Yang DiPertuan Agong ke 17.

Selain tetamu jemputan yang hadir di Istana Negara, istiadat pertabalan yang disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen negara juga membolehkan seluruh rakyat menyaksikan acara bersejarah ini.

Turut berkenan berangkat menyaksikan istiadat ini ialah raja-raja melayu dan permaisuri masing-masing, Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri, Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan menteri-menteri Kabinet, selain tetamu-tetamu kehormat yang terdiri daripada ketua-ketua Diplomat Asing dan pegawai-pegawai kanan kerajaan.

Terdahulu, pesawat peribadi yang membawa Sultan Ibrahim berlepas dari Hangar Diraja Johor, Lapangan Terbang Antarabangsa Senai pada jam 9.05 pagi dan tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Subang kira-kira jam 9.40 pagi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini