comscore
Tumpuan :
Nasional

Sultan Nazrin kunjung bazar Ramadan Kuala Kangsar

Foto: NSTP

KUALA KANGSAR: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan meluangkan masa kira-kira setengah jam melawat Bazar Ramadan Arena Kuala Kangsar, di sini hari ini.

Baginda berdua berangkat tiba di bazar itu pada kira-kira 5 petang, diiringi Pegawai Daerah Kuala Kangsar, Muhammad Nazri Abdullah, dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK), Dr Sakduddin Zamli.

Sultan Nazrin turut dilihat memesan beberapa juadah antaranya martabak di gerai Murtabak Hj Mohamad Dan Keluarga (Pak Mad), daging salai, kuih abuk-abuk, dan air balang, selain meluangkan masa beramah mesra bersama pengunjung dan peniaga.

Hadirin yang mengunjungi bazar Ramadan itu tidak melepaskan peluang untuk beramah mesra dengan baginda berdua.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini