comscore
Tumpuan :
Nasional

Sultan Selangor zahirkan penghargaan kepada ahli-ahli Dewan di-Raja Selangor kerana membuat laporan polis

PETALING JAYA: Sultan Selangor berkenan menzahirkan penghargaan kepada ahli-ahli Dewan di-Raja Selangor yang bertindak membuat satu laporan polis pada 14 Julai lalu.

Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani dalam satu kenyataan berkata ia susulan daripada kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dalam satu ceramah beliau yang dianggap menghina dan mempertikaikan kewibawaan institusi Diraja Selangor berhubung pemilihan jawatan Menteri Besar Selangor.

Menurut Mohamad Munir, Tuanku amat berbesar hati di atas sokongan yang ditunjukkan oleh ahli-ahli Dewan di-Raja Selangor serta semua pihak yang berkaitan.

Berdasarkan semakan menerusi laman sesawang mahkamah, Sanusi akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Selayang di Selangor esok dipercayai bagi didakwa berhubung kenyataannya itu.

Loading...
Terkini