comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Sultan Selangor, PM, TPM dan TYT Sarawak iringi jenazah Tun Abdul Taib

SUBANG: Sultan Selangor, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan memberi penghormatan terakhir kepada jenazah bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud di Pangkalan Udara TUDM Subang sebentar tadi.

Hadir sama memberi penghormatan terakhir, Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusuf dan barisan Menteri-menteri Kabinet.

Jenazah Allahyarham tiba di Pangkalan Udara TUDM Subang kira-kira jam 1.05 petang sebelum diberi penghormatan terakhir dalam Istiadat Penghormatan oleh pemimpin-pemimpin negara.

Jenazah kemudiannya diusung sebelum dibawa memasuki pesawat jenis C-130 Hercules milik TUDM oleh anggota Istiadat gabungan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Penerbangan pesawat itu dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Sarawak pada jam 4.30 petang.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini