comscore
Tumpuan :
Nasional

Sungai Triang masih lepasi paras bahaya – JPS

Foto hiasan

KUANTAN: Sungai Triang di Triang, Bera masih melepasi paras bahaya setakat jam 5 petang, hari ini.

Laman sesawang Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memaklumkan, paras air Sungai Triang merekodkan bacaan 34.857 meter (m) berbanding 34.50m yang ditetapkan.

Paras air dua sungai iaitu Sungai Serting di Jambatan Padang Gudang, Bera dan Sungai Luit di Kampung Subuh, Maran pula melepasi paras amaran.

Empat sungai yang melepasi paras waspada pula ialah Sungai Semantan di Jambatan Keretapi Mentakab, Temerloh dan Sungai Jempol di Rancangan Felda Jengka, Maran.

Selain itu, Sungai Pahang di Lubuk Paku, Maran dan Sungai Belat di Seri Damai, di sini.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini, mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di tujuh daerah di Pahang.

Daerah berkenaan ialah Cameron Highlands, Lipis, Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin.

Loading...
Terkini