comscore
Tumpuan :
Nasional

Surat RoS berkaitan aduan ahli bukan batal keputusan pemilihan PKR – Saifuddin

PUTRAJAYA: Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menjelaskan surat tunjuk sebab diterima PKR daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) berkaitan aduan ahli parti dan bukan untuk membatalkan keputusan pemilihan PKR pada 2022.

Beliau berkata, RoS memberi tempoh dua minggu kepada PKR untuk menjawab surat itu sekiranya tidak mahu parti dibatalkan.

Katanya, dakwaan Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainudin kononnya beliau pernah merayu untuk membatalkan keputusan pemilihan PKR pada 2022 selepas tewas kepada Rafizi Ramli itu hanyalah kenyataan politik.

“Surat RoS itu bukan berkaitan nak batalkan keputusan pemilihan, itu kenyataan politik (Hamzah), itu biasalah musim sekarang (pilihan raya).

Surat tunjuk sebab RoS itu kerana aduan anggota parti termasuk berkait soal masalah disiplin ahli. Jadi saya sebagai Setiausaha Agung parti perlu menjawab surat RoS itu,” katanya pada sidang media selepas Sambutan Hari Imigresen 2023 di sini hari ini.

Malam tadi, Hamzah mendakwa Saifuddin pernah merayu kepada beliau untuk membatalkan keputusan pemilihan PKR pada 2022 selepas tewas kepada Rafizi.

Hamzah berkata pemimpin PKR itu ada berjumpa dengannya selepas seminggu kalah dalam saingan merebut jawatan nombor dua parti ketika pemilihan itu. Ketika itu katanya, beliau menggalas tanggungjawab sebagai Menteri Dalam Negeri dan Saifuddin menghantar surat untuk memohon supaya keputusan pemilihan PKR dibatalkan.

Mengulas lanjut, Saifuddin yang juga Menteri Dalam Negeri memaklumkan beliau memberi jawapan sebanyak dua kali kepada RoS susulan surat tunjuk sebab itu.

“Jika sekiranya saya mahu PKR dibatalkan, saya tak payah jawab surat itu, maksudnya saya tak payah jumpa menteri ketika itu untuk batalkan parti.

Bila saya sebagai Setiausaha Agung jawab bermaksud memberi sebab dan alasan kenapa parti tidak patut diharamkan.

Kalau nak dikata sebab kalah kepada Rafizi kemudian nak minta parti dibatalkan, saya tidak payah jawab surat itu, semudah itu hendak batalkan parti pada waktu itu. RoS juga bagi tempoh dua minggu, kalau tak jawab batal parti, itu mengikut Akta Pertubuhan.

Hakikatnya, saya jawab surat kepada RoS, bukan sekali tapi dua kali. Itu dengan sendirinya menunjukkan bahawa komitmen saya untuk menghidupkan parti sesuai (tugas) saya sebagai Setiausaha Agung,” katanya.

Dalam saingan pemilihan PKR pada 2022, Saifuddin gagal mempertahankan kedudukan sebagai Timbalan Presiden selepas tewas kepada Rafizi.

 

Loading...
Terkini