comscore
Tumpuan :
Nasional

Suri rumah maut, motosikal ditunggang suami terbabas

Pembonceng wanita yang dalam perjalanan ke rumah kakaknya di Palong 1, Jempol maut apabila terbabit kemalangan di Kilometer 8, Jalan Gemencheh-Batang Melaka, pagi tadi.

TAMPIN: Seorang pembonceng wanita yang dalam perjalanan ke rumah kakaknya di Palong 1, Jempol maut selepas terbabit kemalangan di Kilometer 8, Jalan Gemencheh-Batang Melaka, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.20 pagi itu, mangsa, 51, bersama suami menaiki motosikal berkuasa tinggi dari Ayer Molek, Melaka.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Amiruddien Sariman berkata mangsa yang juga suri rumah parah pada bahagian kepala dan disahkan maut di lokasi kejadian.

Kes dikategorikan sebagai terbabas sendiri.

“Apabila sampai di lokasi kejadian tiba-tiba motosikal yang ditunggang lelaki berusia 52 tahun itu dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan kiri dan jatuh di atas jalan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Suami mangsa cuma cedera ringan di bahagian tangan kanan.

Mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Tampin untuk bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kemalangan jalan raya itu diminta untuk tampil ke Balai Polis Trafik IPD Tampin dan menghubungi talian 064412502 atau 064431999 Bilik Gerakan IPD Tampin bagi membantu siasatan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini