comscore
Tumpuan :
Nasional

Suri rumah maut, dua cedera, kereta langgar treler

FOTO: Ihsan PDRM

LIPIS: Seorang suri rumah maut apabila kenderaan yang dinaikinya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler di KM 35, Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (CSR) pada kira kira jam 8.15 pagi, hari ini.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Azli Mohd Noor berkata, Noor Habibi Hamid, 55 dari Pantai Dalam, Kuala Lumpur maut ditempat kejadian.

Mangsa juga merupakan ibu saudara kepada pemandu kenderaan Perodua Myvi, Umar Abdul Azizi, 24, yang mengalami kecederaan di kepala, manakala seorang lagi penumpang, Nur Amalin Qurratu AiniNaradin,19, yang berasal dari Tanah Merah, Kelantan patah lengan kiri dan cedera di kaki kiri.

“Hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila Perodua Myvi, yang dipandu oleh Umar dari arah Lipis menghala ke Merapoh gagal mengawal kenderaan sehingga menyebabkan kemalangan berlaku.

“Apabila sampai di tempat kejadian tiba-tiba pemandu Perodua Myvi, dipercayai telah hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar sebuah treler yang sedang parkir di tepi jalan kerana berhenti berehat,” katanya.

Dua mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Kuala Lipis untuk rawatan lanjut manakala pemandu treler tidak mengalami kecederaan.

Kes di siasat di bawah Seksyen41 (1) Akta Pengangkutan Jalan ( APJ) 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini