comscore
Tumpuan :
Nasional

Suspek bunuh bapa dengan penyodok pasir akan didakwa esok

PETALING JAYA: Anak yang disyaki memukul bapanya dengan penyodok pasir sehingga mati akan didakwa di Mahkamah Majistret di sini, esok.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, suspek akan dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Kes melibatkan suspek seorang lelaki tempatan membunuh ayahnya akan dituduh di Mahkamah Majistret Petaling Jaya jam 9 pagi esok,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, mayat seorang warga emas ditemukan dengan berbalut langsir dipercayai maut akibat dibelasah anak kandung sendiri di kediaman mangsa, sekitar PJS10, di sini, 27 Ogos lalu.

Suspek ketika itu dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak memukul bapanya sehingga mati lebih kurang 12 tengah malam.

Siasatan lanjut mendapati motif hanya kerana suspek yang malas bekerja sejak dua tahun lalu dan juga kaki botol tidak tahan sering dileter bapanya.

Menurutnya, suspek kemudiannya membalut mayat mangsa menggunakan kain langsir sebelum di buang di tepi jalan di mana dia ditemui 2.15 pagi.

Artikel berkaitan: [VIDEO] Berang kena leter, anak belasah bapa dengan penyodok hingga mati

Loading...
Terkini