comscore
Tumpuan :
Nasional

Suspek cabul wanita di LRT Maluri jalani rawatan psikiatri di HKL

KUALA LUMPUR: Lelaki tular mencabul seorang wanita di platform stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Maluri, Cheras di sini, dikesan sedang menerima rawatan psikiatri di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, suspek sudah dikenal pasti dan dijangka akan ditahan dalam masa terdekat.

Artikel berkaitan: Rapid Rail beri kerjasama kesan suspek cabul LRT Maluri

“Dia kini berada di HKL, kita akan tangkap dia tidak lama lagi,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin mengesahkan polis sedang mengesan suspek selepas menerima laporan berhubung kejadian itu jam 8.40 pagi daripada seorang wanita tempatan.

Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, media melaporkan seorang wanita berdepan detik cemas apabila dipeluk secara tiba-tiba seorang lelaki yang tidak dikenali di stesen LRT Maluri, di sini pada Jumaat lalu.

Bagaimanapun, tindakan pantas orang awam yang berada di lokasi terbabit berjaya menyelamatkan wanita itu dalam kejadian pada pukul 7.58 pagi.

Loading...
Terkini