comscore
Tumpuan :
Nasional

Suspek kes bunuh susulan pergaduhan di kelab hiburan PJ akan didakwa esok

PETALING JAYA: Padah tunjuk kuat, seorang warga asing akan dihadapkan ke mahkamah esok kerana menjadi sebab seorang lelaki usia 57 tahun maut di sebuah pusat hiburan di Sea Park di sini pada 22 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar@Ismail berkata reman ke atas suspek dan seorang rakannya sudah berakhir dan polis sudah mendapat arahan dari Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk mendakwa salah seorang daripada mereka.

 

“Warga asing itu dijangka dituduh mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan di Mahkamah Petaling Jaya esok; kawannya seorang lelaki tempatan dibebaskan selepas siasatan selesai dijalankan.”

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar@Ismail.

Katanya, suspek dijangka didakwa kerana menyebabkan kematian dan bukan atas pertuduhan membunuh.

Mengikut laporan awal, berlaku pergaduhan antara dua orang pengunjung sebuah pusat hiburan pada kira-kira jam 1 pagi sebelum seorang daripada mereka ditemui mati akibat ditumbuk.

Polis sebelum ini mengkategorikan kes itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan tetapi dipinda kepada Seksyen 304 atas arahan dari AGC.

 

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini