comscore
Tumpuan :
Nasional

Tahan sakit 25 minit, kepala budak 3 tahun tersepit celah jeriji besi

Anggota bomba dalam usaha mengeluarkan kepala kanak-kanak lelaki yang terperosok antara jeriji besi pintu rumah di Bandar Puncak Alam, hari ini – FOTO: Ihsan JBPM

KUALA SELANGOR: Seorang budak lelaki terpaksa menahan sakit hampir 25 minit selepas kepalanya terperosok antara jeriji besi pintu rumahnya di Bandar Puncak Alam, di sini, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Morni Mamat, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.22 tengah hari tadi sebelum menghantar sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bestari Jaya ke lokasi.

Sebaik tiba, katanya, anggota bomba mendapati kepala seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun terperosok antara jeriji besi pintu rumah di lokasi yang dilaporkan.

“Anggota bomba kemudian merenggangkan jeriji besi dan melepaskan kepala mangsa dengan selamat. Kanak-kanak itu tidak mengalami kecederaan dan diserahkan kepada ibunya,” katanya.

Beliau berkata, operasi ditamatkan sepenuhnya jam 2.30 petang.

Loading...
Terkini