comscore
Tumpuan :
Nasional

Tahan sakit sebelum bomba keluarkan tangan tersepit dalam mangkok tandas

Foto NSTP: Anggota BBP Mentakab terpaksa memecahkan mangkuk tandas untuk melepaskan tangan seorang lelaki yang tersepit.

MENTAKAB : Seorang lelaki cedera apabila tangannya tersepit dalam mangkok tandas di Taman Sri Layang, dekat sini hari ini.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mentakab, Syed Fitri Syed Abbas, berkata mangsa dipercayai terjatuh dalam tandas itu.

Beliau berkata seramai empat anggota bergegas ke tempat kejadian setelah menerima panggilan kecemasan pada jam 6.14 petang tadi.

“Anggota bomba memecahkan mangkuk tandas dengan menggunakan alat crow bar dan tangan mangsa berjaya dikeluarkan.

“Mangsa yang cedera diserahkan kepada kakitangan perubatan,” katanya.

Loading...
Terkini