comscore
Tumpuan :
Nasional

Tahanan mati dalam lokap: Bedah siasat sahkan tiada kecederaan berunsur jenayah  

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki tempatan meninggal dunia semasa dalam tahanan di lokap Balai Polis Sungai Besar, Selangor, semalam.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Seri Azri Ahmad, berkata lelaki berusia 49 tahun itu ditemukan dalam keadaan meniarap dan tidak sedarkan diri jam 3.30 pagi semalam selepas ditahan Khamis lalu mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1953.

“Pada jam 4.40 pagi, penolong pegawai perubatan hadir dan membuat pemeriksaan ke atas lelaki terbabit dan mengesahkan kematiannya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, bedah siasat dijalankan di Hospital Sungai Buloh kira-kira jam 4.20 petang semalam.

“Hasil bedah siasat mendapati tiada sebarang kecederaan berunsurkan jenayah yang dikesan dan punca kematian masih menunggu hasil siasatan makmal.

Ujian pengesanan COVID-19 terhadap tahanan itu juga adalah negatif.

Azri berkata, Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan (USJKT) JIPS akan meneruskan siasatan dari pelbagai sudut sebelum menyerahkan hasil siasatan kepada koroner. – BERNAMA

Loading...
Terkini