comscore
Tumpuan :
Nasional

Tahap Kesihatan Tun Dr. Mahathir Semakin Baik

Status kesihatan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. 

 Dalam satu kenyataan oleh anaknya, Datin Marina Mahathir memaklumkan tahap kesihatan bapanya semakin memberangsangkan.

Katanya, beliau kini mempunyai selera makan yang bertambah baik dan sempat berseloroh dengan ahli keluarga di Institut Jantung Negara (IJN).

Tun Dr Mahathir turut menzahirkan rasa terharu dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan agar beliau segera pulih.

 Beliau turut memohon agar orang ramai tidak terlalu bimbang mengenai kesihatannya.

 Tambah Datin Marina, ketika ini Tun Dr Mahathir akan terus mendapat rawatan di IJN di bawah pengawasan pakar.

Loading...
Terkini