comscore
Tumpuan :
Nasional

Tun M di pentas PN hanya pertemuan “geng-geng emosi”

Oleh: Selwam Arjunan

BAYAN LEPAS: Keputusan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk bersama dengan Bersatu menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) disifatkan sebagai satu pertemuan “geng-geng beremosi”.

Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata pertemuan itu bukannya bertujuan untuk membincangkan masalah negara dan isu rakyat, sebaliknya hanya gabungan pihak-pihak yang ingin menentang Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim demi kepentingan politik.

“Saya yakin rakyat boleh menilai apabila Tun M hadir atas pentas Pas, Bersatu ia lebih kepada pertemuan geng-geng emosi. Dia tak sentuh soal hutang negara, dia tak bincang pun apa yang kita bincang di sini, dia sebabnya kami tak suka Anwar Ibrahim, jadi insyaallah rakyat boleh buat pemilihan.

“Apabila Tun M muncul di pentas PN, ia mempunyai kesan bebeza kepada orang berbeza. Ada pungundi yang suka, tapi saya akan ada akan persolan apa yang sudah jadi dengan prinsip pendirian masing- masing sebelum ini, Tun M pernah ada pendirian sendiri  tentang Bersatu. Hanya kerana semata-mata tidak suka Anwar, walaupun pada sesetengah rakyat ia tunjukkan perpaduan tokoh ini akan ditafsir secara berbeza oleh pengundi,” katanya selepas menghadiri Sesi Libat Urus Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12 Bersama Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Memandangkan pihak terbabit bertindak untuk agenda anti Anwar Ibrahim, katanya beliau tidak mahu Kerajaan Perpaduan untuk turut terheret bermain emosi yang sama.

Sebaliknya, tegas beliau, sebagai kerajaan pihaknya perlu melaksanakan agenda pemerkasaan rakyat serta menangani masalah berbangkit dan tidak boleh menyelesaikan masalah dalam keadaan emosi.

Tambahnya lagi, medan PRN ini sewajarnya digunakan untuk membincangkan dasar dan fungsi kerajaan, dan bukannya masa menyelesaikan permusuhan politik.

“Saya tak akan terheret untuk main emosi, kita ada kerja nak buat, kita perlu buat perancangan masa panjang, jadi kita biarkan kepada rakyat untuk membuat keputusan berhubung masa depan negara,” tambahnya lagi.

Semalam, Tun Dr Mahathir menyertai ceramah di pentas Perikatan Nasional di Kelantan bersama pemimpinnya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tan Sri Abdul Hadi Awang serta menyeru rakyat untuk bersama-sama menolak Kerajaan Perpaduan yang disifatkan sebagai sebuah kerajaan yang gagal dan memenangkan PN di ke semua enam negeri ketika PRN.

Loading...
Terkini