comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Tak berbaloi. Kecik punya hal, dua-dua akan ditangkap

Tangkap layar video pergaduhan dua lelaki di Lebuhraya Utara-Selatan, tular di media sosial. – Foto tular

MUAR: Polis akan menangkap dua lelaki yang bertengkar di tengah-tengah lebuh raya di sini.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz dalam satu kenyataan berkata tangkapan itu bagi membolehkan polis melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Menurut Raiz Mukhliz, video mengenai kejadian itu tular di media sosial dan dikesan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar.

Jelas Raiz Mukhliz, video itu berdurasi 46 saat dan memaparkan dua lelaki sedang bertengkar sambil merakam aksi itu menggunakan telefon bimbit.

Kenyataan itu menjelaskan bahawa kedua-dua lelaki terbabit telah membuat laporan polis.

Berdasarkan maklumat awal, kejadian dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati apabila salah seorang daripada lelaki itu memberhentikan kenderaannya secara mengejut.

Kejadian berlaku di Kilometer 134, Lebuhraya Utara-Selatan arah utara.

Kedua-dua lelaki masing-masing berusia 26 dan 32 tahun.

Raiz Mukhliz dalam kenyataan sama menasihatkan orang ramai agar mengelakkan diri daripada menggunakan telefon bimbit ketika memandu serta bersikap toleransi ketika di jalan raya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini