comscore
Tumpuan :
Nasional

Tak sangka terima panggilan IG nak jumpa

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menyampaikan sijil penghargaan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur kepada empat anggota yang tular di media sosial kerana sikap berani serta keprihatinan kepada masyarakat.- Foto: PDRM / Facebook

KUALA LUMPUR: “Saya tak sangka orang nombor satu (dalam Polis Diraja Malaysia) nak jumpa orang bawahan macam saya (untuk bagi penghargaan),” kata Koperal Sokongan Muhamad Nur Shahrul Andhar.

Beliau antara empat anggota polis yang menerima sijil penghargaan daripada Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, hari ini.

Muhamad Nur Shahrul, 32, berkata beliau amat bersyukur apabila mendapat panggilan daripada Razarudin untuk bertemu dengannya, petang tadi.

“Saya bersyukur apabila dapat panggilan daripada IG (Ketua Polis Negara) yang maklum nak jumpa sehingga saya tidak boleh tidur memikirkan orang nombor satu (PDRM) nak jumpa orang bawahan seperti saya.”

Katanya, tindakan itu membuktikan Ketua Polis Negara sentiasa memerhatikan dan menyokong usaha baik yang dilakukan anggota bawahannya.

Selain Muhamad Nur Shahrul, tiga lagi anggota yang menerima sijil pengharaan daripada Razarudin adalah Lans Koperal Mohamad Khairul Annuar Ahmad dan Lans Koperal Mohamad Hazieril Hanif Ahmad.

Sebelum ini, media melaporkan video kebajikan yang dimuat naik beliau di akaun TikTok miliknya mencecah jutaan kali jumlah tontonan.

Dalam pertemuan berlangsung kira-kira satu jam itu, Razarudin turut menyelitkan beberapa nasihat kepada mereka untuk terus memberikan khidmat bakti terbaik kepada masyarkat, negara dan agama.

“Apa benda yang baik kita buat kena tunjuk supaya ia boleh dicontohi. Sebenarnya, boleh saja ambil surat penghargaan ini di padang kawad seperi kebiasaan.”

Tambah Razarudin, tindakannya itu adalah bagi memberi dorongan kepada anggota lain supaya mencontohi usaha baik mereka.

Terdahulu, Mohamad Khairul, 32, Mohamad Hazieril, 31, dan Muhammad Shahrul, 25, yang bertugas di Balai Polis Wangsa Maju nekad menyelamatkan dua beranak dalam kejadian kebakaran di sebuah pangsapuri di Wangsa Maju, di sini, pada 18 Mac lalu.

Tindakan pantas ketiga-tiga anggota itu yang berjaya memecahkan pintu sebuah unit pangsapuri bagi mengeluarkan mangsa yang diselubungi asap tebal mendapat perhatian Razarudin yang berkongsi penghargaan kepada mereka menerusi akaun Tiktok beliau.

Bagi Muhamad Nur Shahrul yang bertugas di Unit Cawangan Kereta Peronda, Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya pula terkenal dengan sikap ihsan membantu orang awam ketika membuat rondaan cegah jenayah melalui video dimuat naik di akaun Tiktok miliknya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini