comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Tampar pemain: Lesen jurulatih dibatal

PUTRAJAYA: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Kementerian Pendidikan (KPM) senada dengan Persatuan Bola Tampar Malaysia (MAVA) untuk membatalkan lesen jurulatih yang menampar dua pemain dalam kejadian baru-baru ini.

Sebagai langkah awal, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, berkata jurulatih yang juga seorang guru itu tidak lagi dibenar menjadi jurulatih sukan terbabit, termasuk bagi murid.

Katanya, MAVA juga sudah menarik Sijil Kejurulatihan Bola Tampar Tahap Satu (Sukan Spesifik) jurulatih berkenaan.

“Jurulatih itu belum pernah membuat permohonan lesen kejurulatihan Skim Pelesenan Kejurulatihan Kebangsaan (SLKK) sebagai pengiktirafan Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan (SPKK) seperti dipersetujui bersama Akademi Kejurulatihan Kebangsaan (AKK) Institut Sukan Negara dengan persatuan sukan kebangsaan.

“KBS dan KPM tidak akan sesekali berkompromi dalam usaha memastikan keselamatan dan kesejahteraan atlet, khususnya mereka yang masih muda.

“Aspek keselamatan amat dititikberatkan daripada keadaan yang mampu memudaratkan pembangunan masa depan negara.

“Majlis Sukan Negara dan MAVA sudah memuktamadkan siasatan yang mana secara sebulat suara memutuskan jurulatih bola tampar itu hilang kelayakan menjadi jurulatih,” katanya pada sidang media bersama KBS dan KPM di sini, hari ini.

Loading...
Terkini