comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Tanah mendap, kuarters sekolah diarah dikosongkan

KUANTAN: Susulan kejadian tanah mendap, bangunan kuarters empat tingkat Sekolah Bandar 2 Paloh Hinai, Pekan hari ini, diarah dikosongkan.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Zaidi Mat Zin, berkata berikutan itu, seramai lapan keluarga membabitkan 24 penghuni dipindahkan sementara di asrama sekolah berkenaan.

Tanah mendap berhampiran kuarters Sekolah Bandar 2 Paloh Hinai, Pekan menyebabkan penghuninya diarah mengosongkan bangunan hari ini – FOTO: NSTP/Ihsan PDRM

Katanya, pihaknya menerima makluman daripada pihak sekolah berlaku tanah mendap berhampiran kuarters pada jam 8.55 pagi, hari ini.

“Bangunan kuarters telah dikosongkan oleh semua penghuni bagi langkah keselamatan dan mereka dipindahkan sementara di asrama sekolah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Zaidi berkata, arahan pengosongan dilakukan Jabatan Kerja Raya (JKR).

Katanya, pemasangan papan tanda amaran dan pita penghadang amaran diletakkan di lokasi kejadian.

“Pemantauan akan dibuat dari semasa ke semasa oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Pekan dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di kawasan terbabit.

“JKR turut memaklumkan, penyiasatan tanah dan tapak oleh Bahagian Struktur dan Cerun secara terperinci akan dibuat bagi tujuan pembaikan kawasan mendapan tanah,” katanya.

Loading...
Terkini