comscore
Tumpuan :
Nasional

Tanah runtuh: JBPM akan guna jentera berat berantai bantu operasi SAR 

CAMERON HIGHLANDS: Operasi mencari dan menyelamat tiga lagi mangsa kejadian tanah runtuh di kebun sayur di Batu 54, Blue Valley, Cameron Highlands diteruskan hari kedua.

Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pahang, Md Gezani Md Ghazi, pasukan SAR dijangka menggunakan jentera berantai bagi membantu operasi mencari mangsa yang hilang.

“Kita cuba gunakan jentera berat berantai, memudahkan pencarian. Kita telah dapatkan laluan baharu, kita akan lihat dari semasa ke semasa.

“Kemungkinan kita akan memasuki kawasan kebun,” jelasnya ketika ditemui media sebentar tadi.

Ujarnya, operasi hari kedua diteruskan pada jam 8.42 pagi sebelum pasukan kedua dan ketiga masing-masing masuk ke lokasi kejadian jam 9.30 dan 10.00 pagi.

“Untuk pagi ini team pertama masuk 8.42 pagi seramai 12 orang dengan dua ekor Unit Pengesan Anjing K9 JBPM.

“Pencarian kali ini masih di sektor b dan c, tetapi lebih mendalam dari segi menggali kawasan runtuhan,” katanya lagi

| ARTIKEL BERKAITAN

 

Loading...
Terkini