comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] PRK Kemaman: Undi POS berjalan lancar

Oleh: Mohd Ishak Abdillah Ngah

KEMAMAN: Pegawai dan anggota polis melaksanakan tanggungjawab mengundi secara pos bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman (P.040) di sini, hari ini.

Proses demokrasi itu berjalan lancar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman.

387 anggota polis menunaikan tanggungjawab memilih secara pos itu bermula jam 9.10 pagi tadi.

Dilaporkan, 387 anggota polis menunaikan tanggungjawab memilih secara pos itu bermula jam 9.10 pagi.

Terdahulu, kertas undi pos diagihkan kepada anggota dan pegawai sebelum mereka mengundi dan memasukkan kertas undi ke dalam beg undi pos Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

387 anggota polis menunaikan tanggungjawab memilih secara pos itu bermula jam 9.10 pagi tadi.

Semalam, Ketua polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan berkata, selain PDRM, enam anggota tentera juga turut mengundi secara pos manakala hanya tiga orang iaitu isteri kepada tentera pula akan mengundi awal pada 28 November ini.

Polis telah menukar pengundi-pengundi awal PRK ini kepada pengundi pos ini bertujuan untuk anggota PDRM fokus kepada tugas menyelamat mangsa banjir.

Beliau berkata, kekuatan yang ada di Kemaman itu juga akan digunakan untuk membantu proses menyelamat dan membuat kawalan keselamatan di daerah yang mengalami banjir.

Setakat semalam, polis menerima 16 permohonan permit yang dikeluarkan untuk program ceramah manakala sembilan permit diluluskan untuk program walkabout membabitkan kedua-dua parti bertanding.

Malah, sehingga kini polis tidak menerima sebarang laporan polis ataupun sebarang insiden berlaku ketika tempoh berkempen dijalankan.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini