comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Tawaran pengurangan saman trafik sehingga 50 peratus

PETALING JAYA: Sempena Program Setahun Bersama Kerajaan Madani, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melaksanakan pengurangan kompaun saman trafik sehingga 50 peratus bagi semua saman terpilih.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata orang ramai boleh mendapat pengurangan kompaun saman trafik mulai 8 hingga 10 Disember bertempat di pekarangan Stadiaum Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Foto hiasan

Dalam satu kenyataan, beliau berkata tawaran pengurangan kompaun saman itu tidak termasuk kesalahan lalu lintas bagi tahun 2023 yang melibatkan saman kemalangan, kes mahkamah yang berstatus waran tangkap atau masih dalam perbicaraan dan kesalahan tidak boleh dikompaun.

Tambahnya, pembayaran kompaun hanya boleh dibuat di kaunter semakan dan pembayaran saman trafik di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil dari jam 9 pagi hingga 4 petang pada 8 Disember.

Manakala pada 9 dan 10 Disember pula, kaunter dibuka mulai jam 9 pagi hingga 6 petang.

Sehubungan itu, orang ramai digalakkan untuk membuat semakan awal saman yang dimiliki terlebih dahulu melalui portal dan aplikasi MyBayar PDRM sebelum hadir ke kaunter bayaran saman.

Ini bagi mengelakkan kesesakan di lokasi dan seterusnya melancarkan proses pembayaran saman.

Loading...
Terkini