comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Tebatan banjir: Belum ada syarikat dianugerah guna kaedah laluan pantas

Oleh Hamdi Fahmi Mohamad Zaki

KUALA LUMPUR: Tiada mana-mana syarikat dianugerahkan projek tebatan banjir di Johor dan beberapa negeri dilanda banjir melalui tender semula dengan kaedah laluan pantas.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kaedah itu dibuat berikutan ada keperluan mendesak dalam mengatasi masalah banjir di beberapa negeri.

“Seperti yang Yang Berhormat Kubang Kerian mengetahui, memang sudah diluluskan tender semula projek tebatan banjir ini melalui tender terhad dengan kaedah ‘fast track’ sebab ada keperluan mendesak banjir.

“Namun, sehingga hari ini belum ada syarikat dianugerahkan projek sama ada di Sungai Golok, Kelantan, Terengganu dan dua projek di Johor.”

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Kubang Kerian, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man ketika sesi pertanyaan menteri di Dewan Rakyat Pagi tadi.

Loading...
Terkini