comscore
Tumpuan :
Nasional

Tengkorak, tulang manusia ditemui di Hutan Kledang Saiong

IPOH: Satu tengkorak dan tulang manusia ditemui di Hutan Kledang Saiong di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, tengkorak dan tulang berkenaan dijumpai orang awam yang beriadah di kawasan tersebut kira-kira jam 11 pagi.

“Bertindak atas maklumat, pihak kami dibantu unit forensik dan unit anjing pengesan dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak telah ke lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya identiti mangsa masih belum dapat dikenal pasti dan buat masa ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu atau kehilangan ahli keluarga untuk menghubungi Pusat Kawalan Daerah (DCC) Ipoh di talian 05-2542222.- BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini