comscore
Tumpuan :
Nasional

Terengganu dijangka alami cuaca kering, panas hingga Mei

FOTO: NSTP

KUALA TERENGGANU: Terengganu dijangka mengalami cuaca panas dan kering berterusan hingga Mei depan.

Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) Terengganu, Rosli Zakaria berkata, setakat ini, suhu paling tinggi direkodkan Stesen Pencerapan Automatik adalah di Felda Tenang, Besut iaitu 35.5 darjah Celsius dan di Ketengah Bukit Besi, Dungun (34.6 darjah Celsius) pada 6 Mac lalu.

Beliau berkata, rekod itu bukan paling tinggi dalam sejarah, namun jika dibandingkan purata suhu bulanan, rekod yang dicatatkan tahun ini lebih tinggi dari purata.

“Mengikut Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO), kesan El Nino ini boleh berterusan sehingga Mei dan ia mempengaruhi corak cuaca termasuk di Terengganu,” katanya ketika ditemui pemberita selepas program di sebuah radio di stesen penyiaran di sini semalam.

Rosli turut mengingatkan orang ramai supaya mengurangkan aktiviti di luar rumah dan bangunan selain memperbanyakkan minum air kosong.

Beliau turut menasihatkan orang ramai tidak melakukan sebarang aktiviti yang boleh menyumbang kepada pembakaran terbuka terutama di kawasan yang mudah terbakar termasuk tanah gambut.

“Walaupun El Nino tamat menjelang pertengahan tahun, kita masih lagi boleh menjangkakan impaknya sehingga Mei dan Jun nanti.

“Jadi untuk mengelak terdedah risiko mengalami kelesuan haba dan strok haba, kita sarankan supaya kurangkan aktiviti yang terdedah terus kepada sinaran matahari terutama pada suhu tinggi iaitu pada waktu tengah haridan awal petang.

“Kalau boleh aktiviti-aktiviti itu buat dalam kawasan tertutup selain mengingatkan orang ramai tidak meninggalkan anak atau barang yang berisiko meletup termasuk telefon di dalam kenderaan bagi mengelak keadaan tidak diingini,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini