comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] (TERKINI) Tragedi kepala air: Semua mangsa telah ditemui

 

Oleh: Siti Khadijah Jaafar

BIDOR: Mayat dua beradik perempuan yang lemas dalam tragedi kepala air di Sungai Kenjur, Kampung Poh berjaya ditemui pasukan mencari dan penyelamat (SAR), sebentar tadi.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superitendan Mohd Naim Asnawi yang mengesahkan perkara itu berkata, jasad pertama ditemui sekitar 8.55 pagi, di jambatan Kampung Poh iaitu 3 kilometer dari lokasi kejadian.

Mangsa dikenali sebagai Hanum Marissa Azam, 4 tahun.

“Mayat kedua pula ditemukan pada jarak 600 meter dari lokasi kejadian. Mangsa kedua dikenal pasti sebaagi Hanna Mikayla, 7. Kedua-dua mayat dibawa ke Hospital Tapah untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika ditemui di sekolah Kebangsaan Kampung Poh yang turut dijadikan Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK).

Maklumat lanjut akan diperincikan dalam sidang media yang dijadualkan jam 10 pagi ini.

Operasi SAR hari ini diteruskan semula pada pukul 8 pagi selepas dihentikan sementara jam 7.30 malam semalam.

Ia membabitkan 120 anggota dan pegawai daripada pelbagai agensi termasuk Polis Di Raja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, pasukan menyelamat di air (PPDA), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan unit anjing pengesan K9 dengan radius pencarian sejauh tiga kilometer dari lokasi perkelahan mangsa.

Dalam kejadian 4.03 petang semalam, enam sekeluarga bersama seorang pembantu rumah terperangkap dalam kepala air sewaktu sedang berkelah di Sungai Kenjur Kampung Poh, Bidor.

Empat daripada mangsa iaitu seorang wanita bersama tiga anaknya dipercayai hilang dihanyutkan arus deras sementara tiga lagi terselamat.

Jasad Aszura Bani, 37 tahun ditemukan pada kedudukan kira-kira 600 meter dari lokasi perkelahan oleh penduduk kampung sekitar jam 4.30 petang

Sementara jasad Hafiy Muhayat Azam, berusia 4 tahun ditemukan sekitar jam 9.50 malam.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini