comscore
Tumpuan :
Dunia Seni

Terserah kepada Syamsul untuk balik berjumpa dengan mak dia – Yusof Haslam

KUALA LUMPUR: Syamsul Yusof sudah lama tidak pulang ke rumah.

Itu luahan penerbit terkemuka Datuk Yusof Haslam yang mengalirkan air mata apabila mendedahkan kisah berkenaan anak lelakinya itu.

Yusof, 69, berkata, seingatnya Syamsul pulang ke rumah setahun lepas sewaktu emak mertuanya (nenek Syamsul) sakit.

“Mak dia ada hubungi dia, dia datang. Saya ada berjumpa dia, ada berbual sekejap dengan dia. Itu kali last (terakhir). Tapi sebelum itu lamalah, dah bertahun dia tak balik. Tapi tak apa saya tak mahu anggap yang bukan-bukan.

“Bagi saya sebagai seorang anak, mungkin ada benda yang dia tak puas hati, ada benda yang tersentak dengan ibunya atau dengan saya. Bagi saya, tak apa lah kami bagi masa.

“Terserah kepada Syamsul untuk balik berjumpa dengan mak dia. Tapi kalau dia tak nak balik pun, terserah. Tepuk dada tanya selera.

“Kami sudah nak menjangkau 70 tahun pada tahun depan. Dah tentu kita tak tahu bila masa kita akan pergi.

“Ramai kawan-kawan seperjuangan saya telah pergi,” katanya ketika ditemubual dalam program Melodi di TV3.

Yusof mengingatkan Syamsul agar jangan menunggu sehingga mereka tiada, baharulah dia mahu mencari mereka.

“Jangan menganggap apa sahaja yang papa dan mama luahkan itu sebagai kita nak merendah-rendahkan kamu. Tidak, kami sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Syamsul.

“Papa rasa jiwa kamu akan lebih tenang jika kamu berbaik dengan ibu kamu terutamanya, dengan keluarga. Wang bukan segala-segalanya. Dalam solat kami sentiasa doakan yang terbaik,” katanya. Ditanya sama ada mereka merindui Syamsul, Yusof serta merta sebak sehingga mengalirkan air mata.

“Of course (dah tentu) kita sayang anak kita. Tiada istilah kita benci anak kita. Tapi saya pun dah letih dengan benda ini. Jiwa saya dah tenang sebenarnya dengan Datin.

“Kita terima, kita reda dengan apa yang berlaku. Saya doakan yang baik kepada anak saya. Kepada Syamsul, saya doakan filem-filem yang diarahkan The Original Gangster akan dapat sambutan yang baik.

“Papa tetap akan menyokong kamu walaupun kamu tidak bersama Skop Productions. Demi Allah tidak ada perasaan dendam, benci tidak ada,” katanya.

Loading...
Terkini