comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Tiada unsur jenayah kebakaran asrama lelaki Maahad Tahfiz 

 

JOHOR BAHRU : Jabatan Bomba dan Penyelamat memaklumkan, kebakaran asrama lelaki Pusat Tahfiz As-Syatirie di Kampung Melayu Majidee dekat sini semalam, tiada unsur jenayah.

Ketua Pegawai Penyiasat Kebakaran (JBPMN) Johor, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Nazimuddin Mohd Kamari berkata, pemeriksaan ke atas asrama berkenaan tidak menemukan sebarang elemen jenayah termasuk kesan pecah masuk.

“Hasil siasatan awal untuk mengenal pasti punca kebakaran yang telah berlaku, kita mengenal pasti fire untuk punca-punca kebakaran yang berlaku di pusat tahfiz ini tiada unsur jenayah,” katanya ketika ditemui di lokasi kebakaran.

Bagaimanapun katanya, pihaknya belum mengambil keterangan pengetua Maahad Tahfiz berkenaan, Abu Osman Sudin.

Dalam kebakaran petang semalam, 30 anggota bersama enam jentera dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik bomba menerima panggilan jam 6.30 petang.

Kebakaran menyebabkan 80 peratus struktur bilik asrama musnah.

Dalam pada itu, Pengetua Tahfiz, Abu Osman berkata, kebakaran itu adalah yang pertama kali berlaku sejak pusat itu dibuka pada 2014.

Pusat tahfiz ini mempunyai 50 pelajar lelaki berusia belasan tahun, dengan 25 daripadanya tinggal di asrama.

Katanya, semua pelajar terbabit dibenarkan pulang ke rumah masing-masing susulan kejadian itu.

Loading...
Terkini