comscore
Tumpuan :
Nasional

Tidak timbul isu RELA kawal pusat tahanan – Ketua Pengarah Imigresen

Oleh: Hilmi Abdul Malik

BIDOR: Tidak timbul sebarang isu terhadap Depot Imigresen Sementara Bidor yang berada di bawah kawalan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh berkata, isu itu tidak wajar dipertikaikan kerana badan berkenaan (RELA) juga merupakan agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN).

“Punca kuasa RELA ini ada ikut perundangan jadi itu bukan isu dia, sekarang ini RELA adalah barisan sokongan dan bukan sahaja bertugas di depot.

“RELA salah satu agensi di bawah KDN dan dia menyokong semua operasi kawalan keselamatan bukan sahaja di peringkat jabatan tetapi juga di premis-premis.

“Dia (RELA) sah dari segi undang-undang dan punca kuasa pada rela itu memang ada,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui ketika melawat Depot Imigresen Sementara Bidor malam ini.

Datuk Ruslin mengulas berikutan wujud beberapa pihak yang mempertikaikan tugas anggota RELA yang berkawal di pusat tahan terbabit.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan, seramai 100 lagi tahanan wanita yang juga merupakan kumpulan terakhir pusat tahanan berkenaan dipindahkan ke Bukit Jalil.

Depot Imigresen Sementara Bidor dikosongkan bagi tujuan siasatan dan sehingga operasi pencarian baki PATI yang melarikan diri selesai.

Untuk rekod, depot berkenaan merupakan bangunan yang pernah digunakan sebelum ini bagi Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini