comscore
Tumpuan :
Nasional

Tiga beradik duduk atas bumbung kereta terperangkap banjir

Bomba menyelamat tiga lelaki di Taman Impian Labis, hari ini. – FOTO: NSTP

LABIS: Tiga adik-beradik lelaki berdepan detik cemas apabila kereta yang mereka naiki ditenggelami banjir di Taman Impian, Labis, hari ini.

Mereka menyelamatkan diri dengan duduk di atas bumbung kenderaan, sebelum diselamatkan bomba.

Ketua Balai Bomba Labis, Hafifie Md Sarif, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.51 petang mengenai mangsa yang terperangkap dalam banjir.

“Setibanya di lokasi kejadian, tiga orang lelaki berada di atas bumbung kenderaan yang separuh tenggelam dalam banjir.

“Terima kasih kepada orang awam yang bertindak pantas menghubungi pihak bomba bagi memaklumkan mengenai kejadian,” katanya hari ini.

Beliau berkata, tiga beradik itu dalam perjalanan dari Labis ke Segamat.

Loading...
Terkini