comscore
Tumpuan :
Nasional

Tiga pemburu haram warga Kemboja dicekup

Oleh: Fazli Ahmad

KUANTAN: Tiga lelaki warga Kemboja ditahan bersama bahagian hidupan liar dipercayai hasil buruan mereka di kawasan Hutan Simpan Berkelah, dekat sini.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Pahang, Rozidan Md Yasin, berkata semua suspek ditahan dalam operasi khas membenteras pemburuan haram di kawasan hutan terbabit Selasa lalu.

Menurutnya, dalam serbuan itu pelbagai peralatan buruan turut dirampas termasuk jerat.

Katanya, semua suspek ditahan di kawasan mereka berkhemah di dalam hutan terbabit.

“Hasil pemeriksaan ke kawasan khemah warga asing terbabit PERHILITAN turut menemui beberapa jerat dan bahagian hidupan liar beserta peralatan kerja dipercayai digunakan suspek untuk mengambil hasil hutan.” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Menurut Rozidan, semua suspek direman tujuh hari hingga Satu Julai.

Kes disiasat mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716), Akta Pemuliharaan Hidupan Liar (Pindaan) 2022 (Akta A1646).

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini