comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Tingkat mutu pendidikan negara mulai tahun 2024 – PM 

BANGI: Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), digesa untuk memberi tumpuan bagi meningkatkan dan mengangkat mutu pendidikan murid serta pelajar mulai tahun hadapan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, prestasi murid harus seiring dengan isu prasarana yang telah diselesaikan kerajaan tahun ini.

“Kita tidak mahu prestasi prasarana sahaja meningkat tetapi prestasi murid tidak berubah, kita tidak boleh terima,

“Mulai Januari 2024, penekanan kita, selain menyelesaikan hal asas prasarana, tumpuan kita adalah meningkat dan mengangkat mutu pendidikan. Itu cabaran.”katanya dalam ucapan Majlis Penyerahan dan Perasmian Projek Rintis Bangunan Daif di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Bangi di sini.

Jelasnya, beliau sudah memaklumkan kepada Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, supaya aspek itu diberi penekanan, selain isu prasarana di sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT).

Loading...
Terkini