comscore
Tumpuan :
Nasional

TNG Digital didenda RM600,000

Foto hiasan

PETALING JAYA: Touch ‘n Go didenda RM600,000 oleh Bank Negara (BNM) kerana melanggar Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (FSA).

BNM berkata, pihaknya mengenakan penalti kewangan pentadbiran (AMP) ke atas TNG Digital Sdn Bhd (TNGD) pada 18 Mei selepas ia secara berasingan menerima dua individu yang dikenakan sekatan bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 atau AMLA.

Dalam kenyataan, BNM berkata tindakan itu merupakan pelanggaran FSA kerana TNGD gagal menjalankan penapisan sekatan ke atas nama pelanggannya.

Bank pusat itu berkata, TNGD juga tidak membuat pengesahan dan pertanyaan lanjut untuk menentukan sama ada pelanggan mereka termasuk dalam senarai resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu atau senarai Kementerian Dalam Negeri.

TNGD membayar denda RM600,000 pada 31 Mei lalu.

Loading...
Terkini