comscore
Tumpuan :
Sukan

BOLA SEPAK: MFL rekrut penaja ke-13 Liga Malaysia, giliran Touch ‘n Go eWallet semarakkan saingan

PETALING JAYA: Liga Malaysia musim ini terus mendapat rangsangan penting apabila menerima kedatangan penaja-penaja baharu.

Kali ini kumpulan Touch ‘n Go, melalui TNG Digital Sdn Bhd (“TNG Digital”), pemilik dan pengendali Touch ‘n Go eWallet menjadi penaja kesemua pertandingan domestik merangkumi Perlawanan Sumbangsih, Liga Super, Piala FA, Piala MFL, MFL Challenge Cup dan Piala Malaysia.

Kenyataan Liga Bola Sepak Malaysia, (MFL) hari ini memaklumkan Touch ‘n Go eWallet, akan bertindak sebagai eWallet rasmi pada tahun 2023 beserta beberapa tawaran promosi menarik.

“Peminat bola sepak boleh membeli tiket di laman web www.tickethotline.com.my dengan membayar melalui Touch ‘n Go eWallet untuk mendapat pulangan tunai sebanyak RM5, bagi pembelian minimum sebanyak RM50.”

“Promosi khas ini akan bermula dari sekarang sehingga 31 Mac 2023 tertakluk kepada terma dan syarat. Dalam beberapa bulan akan datang, pengguna Touch ‘n Go eWallet boleh membeli tiket dan barangan MFL eksklusif secara terus melalui applikasi eWallet, tertakluk kepada terma dan syarat.” menurut paparan di laman Facebook MFL.

Kehadiran eWallet itu membolehkan pengikut bola sepak untuk mendapatkan tiket perlawanan serta membeli makanan dan barangan lain di stadium dengan selamat melalui transaksi tanpa tunai yang selesa.

MFL yang diwakili Ketua Pegawai Eksekutinya Stuart Ramalingam bersama Alan Ni, Ketua Pegawai Eksekutif TNG Digital Sdn. Bhd menyifatkan ia merupakan satu kerjasama baik serta memberikan dimensi baharu dalam penajaan Liga Malaysia demi kemajuan kelab-kelab bertanding.

Penyokong juga boleh mengambil bahagian dalam aktiviti berkaitan bola sepak dan memenangi pelbagai hadiah yang ditawarkan menerusi hebahan semasa.

Loading...
Terkini