comscore
Tumpuan :
Nasional

TPM cadang elaun untuk pendakwah masyarakat Orang Asli setara gaji minimum

Oleh Syafiqah Damanhuri

BANGI: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mencadangkan pendakwah bagi masyarakat Orang Asli diberikan elaun setara dengan gaji minimum.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu berkata tugas menyantuni kumpulan itu berdepan banyak permasalahan terutama dalam kalangan saudara baharu terutama di kawasan pendalaman.

“Apa yang saya sarankan tadi supaya elaun untuk mereka itu ditambah kerana kerja dakwah ini menyantuni banyak permasalahan terutama di kalangan saudara baharu di kawasan pendalaman.

“Adalah munasabah biarpun Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) itu dibawah (bidang kuasa) Tuanku Sultan tetapi sebagaimana yang dilakukan oleh Jabatan Kemajuan Agama Islam (JAKIM) sebelum ini, sekolah KAFA peruntukan itu dari JAKIM. Ini insyaAllah boleh diselaraskan.”katanya ketika ditemui media di Institut Latihan Islam Malaysia di sini.

Diaju sama ada cadangan itu bakal dibentangkan dalam Belanjawan 2024 oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim Jumaat ini, ujarnya perkara itu perlu dilihat dalam pengumuman Perdana Menteri.

Terdahulu, Datuk Seri Ahmad Zahid membaca teks ucapan perasmian oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Konvensyen Mualaf MADANI Peringkat Kebangsaan.

Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohd Na’im Mokhtar.

Loading...
Terkini