comscore
Tumpuan :
Nasional

Trafik penumpang penerbangan meningkat 71.7% 

Foto hiasan

Oleh: Juliana Sharin 

KUALA LUMPUR: 62.83 juta jumlah trafik penumpang penerbangan direkodkan dari Januari hingga September tahun ini.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata Data Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM), itu memperlihatkan pertambahan 71.7% berbanding tempoh sama tahun lalu.

Justeru pihaknya optimis meletakkan sasaran jumlah trafik penumpang penerbangan tahun hadapan kembali ke tahap sebelum pandemik Covid-19, iaitu 2019 dengan 100 juta penumpang.

“September sahaja 7.117 juta penumpang, penumpang antarabangsa 3.3 juta, 3.85 juta domestik. Apa yang hendak saya nyatakan disini bahawa melihat kepada trend peningkatan penumpang udara ini, sektor penerbangan ke arah pemulihan pasca Covid-19,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Konsultasi Penerbangan Negara (NACC) di ibu negara dengan dihadiri 71 individu berkepentingan mewakili industri berkaitan.

Tambahnya pemulihan itu amat penting bukan sahaja untuk pembangunan sektor penerbangan malah kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia.

Loading...
Terkini