comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Tragedi Batang Kali: Mayat ke-17 selesai dibedah siasat

 

Oleh Izzatie Rizan

SUNGAI BULOH: Satu lagi mayat  mangsa dalam tragedi tanah runtuh di Batang Kali telah selesai dibedah siasat .

Ia menjadikan 17 mayat setakat ini sudah dituntut waris.

Mayat mangsa dituntut kira-kira jam 11.18 minit pagi di Jabatan Forensik Hospital Hospital Sungai Buloh (HSB).

Terdahulu van membawa mayat ke-16 dipercayai mangsa dewasa dilihat keluar dari Jabatan Forensik Hospital Hospital Sungai Buloh (HSB) kira-kira jam 10.25 pagi tadi.

Keluarga mangsa turut dilihat meninggalkan HSB.

Sehingga kini, tiada maklumat mengenai identiti mayat terbabit.

Proses bedah siasat ke atas baki tujuh lagi mayat  masih dilakukan.

Sehingga kini angka korban akibat tragedi tanah runtuh di Batang Kali, kekal 24 mangsa.

Loading...
Terkini