comscore
Tumpuan :
Nasional

Transformasi Digital: Kerajaan tidak mahu wujud jurang besar dalam rakyat

Oleh: Khairul Rizuan Azizan

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak mahu Transformasi Digital akan mewujudkan jurang yang lebih besar dalam kalangan rakyat.

Tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, negara tidak akan maju sekiranya tranformasi teknologi tidak dapat dinikmati rakyat secara sama rata.

“Dengan rangkaian 5G, kita tekankan bukan soal teknologi tetapi soal memastikan setiap rakyat dari setinggan bandar atau miskin bandar, kawasan terpencil di Sabah atau Sarawak mesti diberi peluang dan akses dan ketersambungan,” katanya.

Ujar beliau, kemampanan negara tidak hanya memberi manfaat untuk penduduk di bandar semata-mata.

“Jika tidak pada fikiran saya ia tidak mampan, kemampanan bukan untuk memanfaatkan segelintir elit bandar atau tuntutan pemerintah, kelestarian bermakna menghargai rakyat untuk mendapat manfaat,” katanya pada Majlis Penutup Huawei Malaysia ICT di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa (MITEC) ibu negara.

Loading...
Terkini