comscore
Tumpuan :
Nasional

Treler sangkut di jejantas

Foto : NSTP

KOTA KINABALU: Sebuah treler membawa ‘blower’ tersangkut di bawah jejantas pejalan kaki sebelum terjatuh di Jalan Tun Razak, di sini, petang semalam.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 4.11 petang itu, menyebabkan sebuah kereta Proton Saga rosak selepas terkena muatan yang terjatuh.

Namun tiada kecederaan dilaporkan susulan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Kalsom Idris, berkata sebaik menerima laporan mengenai kejadian itu, anggota trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu segera ke lokasi bagi mengawal lalu-lintas.

Foto : NSTP

Katanya, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika pemandu treler dari arah Centre Point menuju ke Likas melalui Jalan Tun Razak.

“Setiba di lokasi kejadian berdekatan Jejantas Segama, muatan ‘blower’ di atas treler yang sedang bergerak di lorong kiri tersangkut di bawah jejantas lalu terjatuh.

“Kejadian itu menyebabkan ‘blower’ yang terjatuh terkena Proton Saga yang ketika itu sedang menurunkan penumpang di perhentian bas sebelah kiri jalan,” katanya.

Menurutnya, semua kenderaan yang terbabit kemalangan dibawa ke IPD Kota Kinabalu untuk siasatan lanjut.

“Proton Saga mengalami kerosakan pada bahagian hadapan dan tepi sebelah kanan manakala treler tidak mengalami apa-apa kerosakan selain daripada muatannya yang jatuh di jalan raya,” katanya.

Loading...
Terkini